Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Melodi tukar Pengacara??

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai Zizan Raja Lawak, 27, dan Dira Abu Zahar, 27, bakal menjadi pengacara rancangan hiburan sensasi Melodi ternyata benar setelah pengurusan TV3 mengesahkannya semalam. Penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar berkata, pemilihan Zizan dan Dira dibuat bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid Senario yang sudah enam tahun mengendalikan rancangan itu. “Tidak dinafikan kehebatan dan keserasian gandingan Fara dan Wahid sepanjang enam tahun mengacarakan Melodi, tetapi kami merasakan pertukaran pengacara adalah salah satu langkah strategik yang wajar dilakukan. “Kami yakin dan percaya dengan bakat yang dimiliki oleh Zizan dan Dira serta gandingan mereka berdua mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam. Bagaimanapun tegas Azman, dia tidak mahu penonton setia rancangan tersebut salah faham dan menganggap telah timbul masalah di antara pihak penerbit dengan F

Fasha Sandha no 1??

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu. Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua. "Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo!  disini semalam. sumber kosmo online

" Naked " chef aka chef bogel

Dunia  Cetak  .   Emel Rakan  .  Chef bogel tarik minat lelaki ke dapur 2011/02/09 HONG KONG: Sebuah saluran dewasa di sini dijangka mengeluarkan rancangan memasak diterajui seorang pengacara bogel yang akan menyiapkan masakan Kantonis sambil memakai apron jarang, satu cubaan untuk menggalakkan lebih ramai lelaki memasak.   Pengacara Flora Cheung akan memulakan setiap 30 minit rancangan membeli-belah barangan basah di pasar basah terkenal ibu kota ini, membuka pakaiannya sebaik saja kembali ke studio persendiriannya, lapor akhbar South China Morning Post. Cheung yang mengakui tidak pernah bekerja di restoran, berkata beliau berharap rancangan berunsur seks itu akan menarik lebih ramai lelaki ke dapur. Episod pertama dijangka disiarkan lewat bulan ini. “Saya gemar memasak dan ingin berkongsi keseronokan itu dengan ramai orang,” katanya. sumber berita harian