Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Kos selenggara kapal selam.50 juta????

KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd.. Jelasnya, kontrak antara kerajaan dan syarikat itu meliputi perjanjian selama enam tahun. "Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakannya pada bila-bila masa," katanya. s

Sindrom Facebook

 Aku rasa hampir semua orang ada acc. facebook kot...ka ada yg xda??heheh...maybe ada kot... sometimes aku rasa wajib gak ada Fb nie...bkn apa..senang nk berkomunikasi....nk cari mbr2 lame pun senang....xgitu?? =) lebih2 lg skang handset / handphone / mobile or etc...semua dh pat connect nga FB nie.... but yg jd luarbiasa nya..semua benda nk mengadu kat laman sosial...semua benda nk mengadu ka fb...al maklum..nk semua mbr2 taw...nk p pasar pun bgtaw..nk p toilet pun nk gtaw....hahahah...smtimes aku rasa lawak.... but acc. korang...korang punya suka...ktorg hanya gelak2 ja....=)

Undian Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia

Undian Kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia untuk round 1&2 telah di jalankan.... so nampak laluan untuk skuak negara kita..Malaysia macam mudah....heheh.... first round   Malaysia lwn Taiwan (29 Jun) dan   Taiwan lwn Malaysia (3 Julai)..../ .CHINESE TAIPEI a.k.a TAIWAN

Video Seks Ketua Pembangkang??

KUALA LUMPUR - Satu kumpulan lelaki yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur warga asing di sebuah hotel di sini. Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini bagi pengecaman. Video yang berdurasi selama 22 minit itu dirakamkan pada pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam pada 21 Februari lalu melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik hotel yang turut menawarkan perkhidmatan urutan spa. Rakaman hitam putih itu jelas menunjukkan wajah pemimpin politik itu yang melakukan aksi seks pelbagai posisi bersama wanita berkulit cerah yang rambutnya diikat. Bagi meyakinkan perkara itu, Datuk T mempertontonkan video tersebut kepada kira-kira 10 wartawan di sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara di sini s