Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Revolusi Individu Dari Drama

Sedikit Nota Tentang Siri Seperti "Love You Mr. Arrogant" & "Playboy Itu Suami Aku" dan Bagaimana Drama TV Dapat Merevolusikan Individu. Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik  percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan. Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000. Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barb