Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Video lamaran pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS

Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian  American Idol , Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri. Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu  Jar of Hearts  mengaku ia membuatkan dia menangis. "Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya. Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya,  A Thousand Years  yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya. Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia. Memiliki kerjaya s

AC Mizal kini bergelar datuk

AC MIZAL (kiri) dan isteri, Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid bersama Eizlan dan isteri, Datin Viashantie Harun melihat pingat DIMP yang diterima selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-81 Sultan Pahang di Pekan semalam. Selebriti tanah air, AC Mizal kini sah bergelar datuk apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam. AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara berkata, dia bersyukur kerana menerima gelaran itu setelah setahun berteka-teki dan timbul pelbagai kontroversi mengenainya sebelum ini. "Saya berharap dengan gelaran ini, segala-galanya akan terjawab dan tiada lagi persoalan mengenainya selepas ini," katanya selepas majlis tersebut yang diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini. Majlis disempurna

Belajar Bahasa Kelantan / kecek klate

Perbendaharaan Kata Bokbong – spesis musang Ttuyup – pepatung Pok Kor – spesis mengkarung Ike Kkhonge – ikan cencaru Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik Saksoba = Absorber Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.) Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal) Mokte = rambutan Kuk/kok = sekeh Njja/nenjja  = tendang Tak cakno = x hirau Nyaknyo/nayo = kesian Bbaloh = kelahi Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu)) Debe = berani gilerr Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work) Tohok = buang / throw out Rhukah = panjat Ghohok = susah, payah Hungga = lari (bkn hungga bungga ekk) Cuwoh = curah Getek/etek = juga Tepoh = langgar Tubik = keluar Siak duk gghobar = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!! Idak kow = cuma Wak ggoghiI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with. Dekpong gak eh = Kalau ya pun Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu) Kelaghing = kesat/not smooth Bele

Sayur di anggap objek Seks??

KAHERAH: Seorang ulama yang tinggal di Eropah menasihati wanita supaya menjauhi pisang atau timun dalam usaha untuk mengelak sebarang pemikiran seksual.  Ulama yang tidak mendedahkan nama itu berkata jika wanita mahu memakan makanan berkenaan, pihak ketiga seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti bapa atau suami perlu memotongnya kepada kepingan kecil dan menghidangkan kepada mereka. “Buah-buahan atau sayur itu mempunyai bentuk seperti kemaluan lelaki dan boleh membuatkan mereka memikirkan mengenai seks,” katanya yang dipetik laman berita el-Senousa. Beliau berkata sayur seperti lobak merah dan zucchini turut disenaraikan sebagai makanan yang dilarang kepada wanita.  Ulama berkenaan ditanya bagaimana untuk mengawal wanita apabila mereka keluar membeli belah barangan runcit dan jika membeli barangan ini di pasar akan memburukkan mereka.  Beliau menjawab bahawa perkara itu adalah urusan antara mereka dan Tuhan.  Ditanya mengenai apa yang perlu dilakukan

Carian Terhangat oleh Google

Data carian dalam talian oleh Google sepanjang tahun 2011 Terma Carian Yang Meningkat Naik Dengan Pantas Facebook Angry Birds Maharaja Lawak iPhone 5 Samsung Galaxy iPad2 Jawatan kosong Android Tonton Aishiteru Carian Yang Meningkat Naik Dengan Pantas Berkaitan Orang Bruno Mars Hana Tajima Cikgu Shida Avril Lavigne Anwar Ibrahim Fatin Liyana Justin Bieber Rihanna Ustaz Kazim Hanis Zalikha Carian Berita Paling Popular ipad 2 Malaysian grand prix Kennedy space center Kentucky derby Japan nuclear crisis MTV movie awards Michael Jackson funeral Malaysian open Thailand flood Malaysia budget 2012 Carian Imej Paling Popular Justin Bieber Background designs Fixie bike Domo Kun Monster energy Supra shoes Jules Verne Smiley face Kartun muslimah Chelsea Olivia Carian Persoalan Paling Popular what is bersih what is g6 what is ppvrip what is ipad what are words what is jailbreak

Isteri = Is Three?

Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!" "Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja. Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia. Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang. Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa. Saya kurang pasti sama ada rak

Kemalangan bernilai Jutaan Ringgit

RM12.07 juta kerugian RM804,794 Harga sebuah ferrari RM1,20juta Harga Lamborghini TOKYO - Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin. Menurut agensi berita  AP , polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan. Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut. Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut. Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka. Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu. Agensi berita  AFP  melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta). Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30

Awek Naik Beca 18sx

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.  Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut. Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?” “Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.

Wanita / Perempuan

PERKATAAN LAZIM YANG  KAUM HAWA SUKA GUNAKAN: FINE Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh. LIMA MINIT Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang. TAKDE APA-APA Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH! (dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA