Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Alasan Hanya tinggal Alasan

APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara? Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri. Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang. Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan. Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri. Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu. Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan. Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tuli- san berbentuk sindiran. Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri - adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu? Adakah pemain mereka dibawa men…

Malaysia Menjurai Piala Suzuki AFF 2010

Tahniah Malaysia menjurai Piala Suzuki AFF 2010

JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun kalah 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.
Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ke…

Tiramisu

Tiramisu mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya. Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda. Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Ga…

Gigi Berusia 400,000 tahun

GOPHER (kiri) dan Ran Barkai memeriksa tapak penemuan gigi manusia di sebuah gua di tengah Israel, kelmarin.

Penemuan pakar arkeologi Israel ubah teori evolusi

BAITULMAQDIS: Pakar arkeologi Israel semalam berkata, pihaknya menemui bukti bahawa manusia moden wujud lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini, sekali gus mengucar kacirkan teori asal usul manusia.
Satu pasukan penyelidik dari Universiti Tel Aviv yang membuat kajian di dalam sebuah gua di tengah Israel menemui gigi berusia 4000,000 tahun yang menyerupai gigi manusia moden yang digelar oleh saintis Homo Sapien. Bukti kewujudan terawal Homo Sapien sebelum ini berusia separuh daripada usia itu.

“Ia adalah penemuan yang menarik,” kata pakar arkeologi Avi Gopher. Pasukannya memeriksa gigi itu dengan sinaran X dan pengimbas CT, seterusnya menganggar usianya berdasarkan lapisan tanah di mana gigi itu ditemui.

Beliau menjelaskan kajian seterusnya perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan kesimpulan yang dibuat. Jika usia itu terbukti be…

PM ucap Selamat Berjaya

Datuk Seri Najib Razak dalam mesej terbarunya menerusi laman sosial popular, Twitter mengucapkan selamat berjaya kepada skuad bola sepak Malaysia yang akan beraksi pada final kedua menentang Indonesia di Jakarta, malam ini.

Dalam mesej terbarunya, 40 minit lalu (jam 4.20 petang), Perdana Menteri yang juga peminat sukan bola sepak berkata, beliau turut akan mengikuti siaran langsung perlawanan dari Stadium Gelora Bung Karno, malam ini.
"Saya akan mengikuti perlawanan ini malam ini, harap ia perlawanan yang menghiburkan," katanya. Terdahlu dalam mesejnya di laman sama kira-kira tiga jam lalu (1.45 tengah hari), Perdana Menteri berkata: "Semoga berjaya kepada pasukan bola sepak kita di Piala Suzuki AFF.

"Marilah kita mempamerkan sokongan kita kepada mereka sebagai sokongan 1Malaysia."

Skuad Malaysia hampir mendakap Piala Suzuki AFF selepas menang 3-0 ke atas Indonesia pada final pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.


sumber : berita harian

Pemenang MCA 1,2

Nombor pendaftaran unik MCA 1 dan MCA 2 kini sah menjadi milik sebuah syarikat dari Johor Bahru, Asset Nusa Sdn Bhd dengan bidaan tertinggi masing-masing pada harga RM300,100 dan RM101,000 selepas tarikh tutup permohonan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Bukit Katil, pada 14 Disember lalu.

Bidaan tertinggi mengatasi rekod sebelumnya bagi nombor pendaftaran TAY 1 yang sebelum ini ditender pada harga RM 242,000 dan TAN 1 ditender pada harga RM200,900.
Senarai pembida yang berjaya kini dipamerkan di cawangan JPJ Melaka manakala senarai keseluruhan turut dimuatkan dalam laman Web JPJ menerusi http://portal.jpj.gov.my. Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo turut berjaya membida nombor MCA 5 dengan harga RM28,600, selain Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Koh Nai Kwong yang membida nombor MCA 7 dengan harga RM 64,776.80.

Tidak ketinggalan mendapatkan nombor unik itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang berjaya memiliki nombor MCA 1010 dengan harga bidaan RM…

Magika

Dapatkan DVD "Magika" di pasaran sekarang!! Hanya RM19.90Untuk membuat pembelian secara online, emel ke: enquiries@unitedstudios.net Kos pos: Semenanjung (RM6.00), Sabah (RM8.00), Sarawak (RM7.50). atau anda boleh mendapatkannya di Speedy Video, Music Valley & Rock Corner berhampiran anda.info Magika :
Genre:
Musical
Status:
In Cinemas 23rd Sept 2010
Director:
Edry Abdul Halim
Language: Pelakon : Aznil Hj Nawawi, Diana Danielle,
Fimie Don, M. Nasir, Mawi,
Maya Karin, Nabil, Ning Baizura,
Sharifah Aleya, Sharifah Amani,Vanidah Imran, Ziana ZainBahasa Malaysia

sinopsis : Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonanZiana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baikkerana dia bertemu dengan Bad Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika yang menggabu…

Siti Di Alam Fantasi

SEKALIPUN tiada sesi pratonton media diadakan untuk teater muzikal Siti Di Alam Fantasi 2010, namun sambutannya tetap hebat. Malah, tiket RM30, RM50 dan RM70 habis dijual dan ia satu petanda baik bagi teater kanak-kanak. Sudah tentu ia pencapaian sangat membanggakan bagi pengarahnya, Aminah Rhapor. Justeru, apakah kerana sambutan menakjubkan ini menjadi sebab Istana Budaya (IB) berasakan tidak perlu sesi pratonton media diadakan sebagaimana teater lain yang dipentaskan di IB sebelum ini? Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani berkata, pihaknya sentiasa memerlukan kerjasama media untuk publisiti dan promosi setiap teater yang dipersembahkan di pentas berprestij itu. Cuma, kali ini pratonton tidak dibuat atas sebab tertentu.
"Saya tahu, sudah menjadi kebiasaan kami di IB menjemput media ke sesi pratonton sehari sebelum pementasan. Namun, bagi Siti Di Alam Fantasi sebenarnya kami mengambil kira aspek keselamatan kanak-kanak. "Persediaan teater ini untuk dipentaskan agak pende…

Juara Esei Ekonomi

Dia cuma pelajar sekolah aliran vokasional yang mengambil jurusan kemahiran (penyaman udara), namun itu bukan penghalang untuknya mengarang esei ekonomi, sekali gus memenangi tempat pertama pertandingan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Mohamad Fazul Rahman Mohamad Yunus, 17, pelajar Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, memenangi tempat pertama bagi kategori I: Tingkatan 4 dan 5, Peraduan Mengarang Esei Ekonomi Edisi Sambutan Ulang Tahun UKM ke-40.
Peraduan itu yang tamat pada 10 Oktober lalu melayakkannya membawa pulang hadiah berupa komputer riba, wang tunai RM1,000 dan sijil penghargaan.sumber :Harian Metro
#tuah ayam nampak di kaki....tuah manusia siapa yang tahu..so ada peluang grab trus k

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)
Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Want to know how to live a stress free balance lifestyle?

Thanks to Nestle, take the profile test to a journey of self-discovery towards improvement. Discover a few simple truths and build towards a healthier and balanced lifestyle.

Take the Wellness Profiler to find out if you’re an Advocate, an Investor, a Manager or a Hopeful and gain valuable insights to your approach on nutrition and health. Here’s to the start of a new year, and to a healthier you!


Take the Wellness Profiler to find out if you’re an Advocate, Investor, Manager or Hopeful and gain valuable insight on nutrition and health

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)


The EVERYONE SALE is here and it’s gonna be the BIGGEST SALE of the year!
 We’ve got awesome offers for EVERYONE! Xpax is launching this sale at a perfect time, coinciding with the Christmas and New Year celebrations as well as school holidays. It’s the best time for people to go out shopping for new phones and gadgets, at AWESOME DISCOUNTS! You shoppers out there won’t wanna miss out on this! Share this mind-blowing deal now!


Have your 2010 resolutions been accomplished? Will there be any chance where replacing an old phone is one of your to-do list? The #CelcomEveryone sale is back.

Cara ikat Tali Leher "Tie"

Kali nak share macam mana nk mengikat or nk memakai tali leher yg betul, coz nk di jadikan citer...time nk basuh baju,terjumpa tie yg agak kotor la gak... nk basuh punye la malas...bukan malas apa..tak taw nk ikat balik ja..hahahaha...so internet ada..ask ja Mr. google.com

simply share.....

Cross Knot

Small Knot



Prince Albert


Windsor


Half Windsor

btw baru aku taw ada bnyak cara n style nk ikat tali leher or neck tie nie...coz selama nie aku taw satu cara ja...cara aku suh mbr ikat ja..kih3...........

Penyanyi Indonesia Akui Malaysia Hebat

Model yang juga penyanyi seksi Indonesia, Syahrini (gambar) mengakui Malaysia jauh lebih unggul untuk muncul pemenang pada pusingan pertama final Piala Suzuki AFF 2010 selepas menyaksikan sendiri kehebatan skuad Harimau Malaya itu menumbangkan pasukan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lalu. Syahrini, 27, yang pernah digossipkan kekasih penyanyi dan komposer terkemuka, Anang Hermasyah memberitahu portal beritadetikhot.com kelmarin bahawa Malaysia menang kerana berjaya mengatur corak serangan yang lebih baik.
sumber : kosmo

Di sebalik "In An Open Relationship" di Facebook

Menurut pemerhatian saya, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu? Dipetik daripada wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Open_relationship An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated. http://www.urbandictionary.com/define.php?term=open%20relationship Yang bermaksud: Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi. Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini. Sila sebark…

Plat MCA 1

Nombor plat pendaftaran kenderaan “MCA 1” telah ditender pada harga RM300,100 dan merupakan tawaran tertinggi untuk nombor plat di negara ini, setakat ini.
Kementerian Pengangkutan berkata, sebelum ini harga plat pendaftaran tertinggi ialah “TAY 1” yang ditender pada harga RM242,000 dan “TAN 1” sebanyak RM200,900.
“Pada masa sama, nombor pendaftaran kenderaan “MCA 2” turut ditender dengan harga RM101,000 dan “MCA 8” pada harga RM88,168.00.
“Manakala “MCA 888” mendapat tender terbanyak dengan 15 bidaan dan ia ditawarkan pada harga RM15,400,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
sumber - Utusan

RM 1 Juta untuk 1000 idea!

Anda ada idea? idea baru??idea yang inovatif? sahut lah cabaran Pemudah dan sama-sama lakukan perubahan,
mana tau anda berpeluang untuk memenangi RM1,000 bagi setiap cadangan yang diterima


Info:


Terdapat pelbagai peraturan/perundangan/lesen yang telah lapuk dan tidak lagi relevan untuk pengurusan pentadbiran yang berkesan.
Kebanyakan peraturan/perundangan/lesen ini diwujudkan sejak dahulu lagi ketika keadaan ekonominya berbeza.
Kakitangan Kerajaan terutama mereka yang berada di barisan hadapan kini diseru untuk mengenalpasti isu-isu berkenaan peraturan/perundangan/lesen yang telah lapuk serta mencadangkan idea-idea untuk penambahbaikan.Adakah anda tahu tentang kewujudan peraturan/perundangan/lesen yang tidak lagi relevan pada masa sekarang?
Adakah masih wujud lagi peraturan/perundangan/lesen yang tidak diperlukan?Bolehkah anda mencadangkan proses-proses yang lebih kreatif dan inovatif untuk menambahbaik Sektor Awam?


Terma dan syarat-syarat:
Cabaran ini terbuka kepada kakitangan Kerajaan …

FarmVille tergelam, CityVille timbul

CityVillekinimempunyai69.800.000penggunaaktifsebulan, melebihi 10 juta penguna dari Farmville.........CityVille juga merupakn aplikasi yang paling popular di Facebook.






Dilancarkan pada bulan November dan dalam masa 24jam sahaja telah menerima 290.000 pemain..sekaligus telah memecahkan rekod company terserbut...yang sebelum nie di pegang oleh FrontierVille 


Game yang sederhana yang berangkaian di jaringan  sosial dilaporkan memiliki 271.300.000penggunaaktif sebulandiFacebook


CityVille dan FarmVille merupakn keluaran Zynga




so pada penguna tegar laman sosial sentiasa la CheckoutAppDatauntukmelihatstatistiktentang apayangpopular

Kuliah Pada Budak Kurier

Saya sering membeli buku secara online dan menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat kurier yang memberi perkhidmatan yang mana bayaran untuk penghantaran tersebut dijelaskan semasa barang diterima. Seringkali wang lebihan bayaran saya hadiahkan sahaja kepada budak kurier, contohnya apabila bayarannya berjumlah 69, saya berikan 70 dirham maka dapatlah dia 1 dirham, adakala bayarannya 135, saya berikan wang 100 dan 50 maka lebihan 15 dirham dapatlah untuk dirinya.
Setelah beberapa bulan saya tidak membeli buku baru, kelmarin saya menerima tempahan yang saya buat beberapa hari sebelumnya. Seperti biasa budak kurier yang sama melakukan penghantaran kerumah, akan tetapi kali ini berlaku kejadian yang mana membuatkan saya menulis artikel ini untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekalian.




Budak kurier: Assalamualaikum Encik, ini pesanan untuk encik dan kosnya 120 dirham.
Saya membuka dompet dan mendapati ada sekeping wang 20 dirham dan selebihnya beberapa keping wang kertas 100 dirham, terdetik di…