Dia cuma pelajar sekolah aliran vokasional yang mengambil jurusan kemahiran (penyaman udara), namun itu bukan penghalang untuknya mengarang esei ekonomi, sekali gus memenangi tempat pertama pertandingan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mohamad Fazul Rahman Mohamad Yunus, 17, pelajar Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, memenangi tempat pertama bagi kategori I: Tingkatan 4 dan 5, Peraduan Mengarang Esei Ekonomi Edisi Sambutan Ulang Tahun UKM ke-40.
Peraduan itu yang tamat pada 10 Oktober lalu melayakkannya membawa pulang hadiah berupa komputer riba, wang tunai RM1,000 dan sijil penghargaan.
sumber :Harian Metro
#tuah ayam nampak di kaki....tuah manusia siapa yang tahu..so ada peluang grab trus k
Comments