KUALA LUMPUR 4 April – Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini. Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘thepowerman’. Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di hotel Seri Carcosa baru-baru ini. Rakaman video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton oleh lebih 300 orang. Dalam rakaman tersebut, kelihatan dengan jelas tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita dipercayai pelacur dari China sedang mundar-mandir di dalam bilik dipercayai di sebuah hotel. Salah seorang lelaki itu hanya bertuala sehingga ke paras lutut tanpa memakai baju manakala seorang lagi berpakaian kemas. Pada akhir rakaman video itu, lelaki yang hanya bertuala kelihatan m...
Satu rasa d kongsi bersama menjadi satu cerita.... Satu cerita menterjemahkan beribu persoalan.... Satu persoalan merungkap seribu jawapan....