Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Danbo on your Mug

anda peminat danbo / danboard?  ala robot kotak yg cute tuh...robot cute dari amazon.co.jp tuh.. xkn xtaw kot..heheh...yg pasti...robot yg cute.....aku kasi upload pic danbo anda pengemar MUG? so danbo n mug brgabung...di ilusi123 store...so grab fast..takut trlepas..kat mane nk grab? ok...just visit ilusi123 store . sample Mug : so grab fast ok...........danbo and mug di  ilusi123 store like our FB page  ilusi123

Soal Jawab Email 1 malaysia

PADA pandangan anda, apa perlunya Emel 1My, sedangkan kebanyakan rakyat sudah ada emel peribadi seperti Yahoo, Gmail, Facebook dan Twitter. Terlebih dulu, semua pandangan saya ini adalah pendapat teknikal. Keperluan emel ini memang sudah ada dan ia berbeza dengan emel peribadi. Emel peribadi hanya sesuai untuk tujuan bersosial. Kata mudahnya, Emel 1My bukan untuk menggantikan emel sedia ada, sebaliknya menjadi identiti individu untuk perkhidmatan dalam talian ketika berurusan dengan kerajaan. Mungkin sekarang ia tidak diperlukan tetapi untuk masa depan ia sangat diperlukan kerana emel ini jadi identiti rakyat untuk berinteraksi dengan kerajaan dalam talian atau online. Identiti ini perlu disahkan kerajaan sendiri melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seperti pengesahan pengenalan diri melalui Mykad. Emel lain bukan tidak boleh dihantar kepada kerajaan tetapi sukar untuk kerajaan sahkan sama ada emel itu betul-betul milik identiti emel berkenaan.   Contohnya jika mahu maklumat da