Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Fakta Mengenai Lelaki???

FAKTA MENGENAI LELAKI 1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita  disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti  dan ketrampilan seseorang itu. 2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka. 3. Apa yang sedang awak akukan? atau Awak dah makan ke belum? Adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita. 4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. 5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut. 6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka. 7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita. 8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengena

Ombak Rindu

Download cerita Ombak Rindu MAYA KARIN menjadi gadis kampung? Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat tersebut memandangkan imej moden cukup sinonim dengan figura jelita itu selama ini. Namun, novel Ombak Rindu yang kini diadaptasi menjadi sebuah filem, berjaya menzahirkan watak yang sangat berbeza buat Maya. Buat pertama kalinya Maya memegang watak Izzah, seorang gadis kampung naif dan bertudung yang mana ia sungguh kontra dengan dirinya yang merupakan seorang wanita bandar. Lontaran jiwanya sebagai Izzah dalam Ombak Rindu juga terkesan sehingga meninggalkan sisa di hati penonton dan disifatkan antara lakonannya yang terbaik sepanjang aktif sebagai pelakon. Watak Izzah senang benar menambat hati aktres Maya Karin kerana dia telah mengenal dan mengimpikan watak Izzah sekitar tujuh tahun lepas selepas membaca novel nukilan Fauziah Ashari itu. Justeru, pelawaan oleh pengarah Osman Ali untuknya menjiwai watak Izzah dalam versi filem yang menggunakan j

Hadiah kepada Penakut di tarik balik

Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang. Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut. Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara. Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri. Kemenangan itu telah dipindahkan kepada Anuar Zain untuk lagu Sedetik. Yuna  mengesahkan perkara itu melalui Twitter  ketika ditanya peminat. Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lag

Bonai, Wanggai?

KEHEBATAN dua tonggak Indonesia, Titus Bonai dan Patrich Wanggai sememangnya mencuri tumpuan ramai pihak ketika temasya Sukan SEA baru-baru ini. Malah, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin juga mengakui pada awalnya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu bagi menyarung jersi Gergasi Merah musim depan. Menurut beliau, aksi bertenaga kedua-dua pemain kelahiran Papua itu terutamanya ketika membelasah Kemboja 6-0 pada aksi pertama pasukan itu jelas menarik minatnya untuk mendapatkan salah seorang daripada mereka menjadi pemain import selepas mengikat tonggak Lubnan, Ramez Dayoub sebelum ini. Malah, Hamidin juga telah berjumpa keluarga kedua-dua pemain itu dan memberitahu hasratnya yang mahu memikat mereka bagi memperkasakan Merah Kuning. “Begitupun, hasrat itu akhirnya dibatalkan apabila saya melihat mereka tidaklah sehebat mana sebenarnya. “Malah, ketika menentang kita dalam aksi final, kelibat kedua-dua mereka ju

Sekumpulan Orang Gila

Dari akal yang waras maka lahirlah sekumpulan orang gila... sedikit petikan info dari facebook page SOG Genre : Post-Hardcore / Metalcore Member Acap : Frontman,Vox Nazrin : Guitar,Cello,Flute,Vox Adek : Guitar,Backup Vox Mel : Bass Naz : Keys,Synthesizer Lee : Drum jom layan lagu cover diorg   Grenade dari Bruno Mars   so pada peminat - peminat  SOG or pada bakal2 peminat jangan lupa follow up facebook page / twitter diorg facebook.com/sekumpulanoranggila sekumpulanoranggila.tumblr.com twitter.com/sekumpulanoranggila myspace.com/sekumpulanoranggila support our local indie wokey...............terbaaikkk

Korang Tutup ka Bungkus aurat? - Ustaz Zamri

Petikan dari status facebook fan page   Ustaz Zamri Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar. Situasi 1: Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape? Ahmad: Alaaa, nasi lemak. Aisyah: Aik? Mne ko tau? Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak. Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit? Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la. Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni? Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi. Aisyah: Pandainye ko ni. Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha. Aisyah: Ceh. Malas la soal. Situasi 2: Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni? Ahmad: Hmmm. Ikan goreng? Aisyah: Salah. Ahmad: Telur dadar? Aisyah: Salah lg. Ahmad: Karipap? Aisyah: Salah jugak. Ahmad: Fail MQA? Aisyah: Ish. Lg la salah. Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu. Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit? Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Cara menambah jumlah "LIKE" di status FB

korang tahu tak macam mana nak memperbanyakkn jumlah Like status korang di facebook? LIKE status ya..bukan like FB fan page cara-cara-nya 1) korang kena tulis kaw wall/status korang apa2 ja........... 2) korang tgu 5-10minit,biasa akan ada la sorg dua yang akan like status korang 3) kalau tak ada,adeh..cian kang..hahah... 4) so untuk adakan like tuh...korang LIKE lah status korang sndiri ya...huahahahahaah Apa-apa pun Hate Less, Like More

Lelaki paling seksi

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Aktor Hollywood, Bradley Cooper (gambar) dilabel sebagai lelaki paling seksi yang masih hidup di dunia oleh majalah hiburan AS, People. Dalam ulasannya, majalah People menyatakan, pelakon berusia 36 tahun itu bersikap sederhana walaupun dia memiliki senyuman memikat dan sepasang mata biru yang menakjubkan. Menurut majalah berkenaan, Cooper juga seksi kerana amat rapat dengan ibunya terutama selepas bapanya, Charles meninggal dunia pada Januari lalu. "Saya fikir ia hebat untuk seorang lelaki yang tidak memiliki wajah seorang model diberikan penghormatan sebegini," kata Cooper yang popular menerusi filem komedi, Hangover dalam satu wawancara bersama People. "Saya fikir saya memiliki rupa paras yang baik. Kadang-kala saya kelihatan hebat dan sebahagian lagi saya nampak teruk," katanya. Pelakon kacak itu bercinta dengan aktres Renee Zellweger selama dua tahun sebelum mereka berpisah pada Mac lalu. Dia juga

Zarina Anjolie Terima AS$3400 untuk berGambar Seksi

Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan telah menerima bayaran lumayan sebanyak AS$3400 (RM10,756) dari majalah hiburan terkenal negara jiran, FHM Indonesia untuk bergambar bagi majalah tersebut pada edisi Oktober yang lalu. Menurut laman web hiburan terkenal, Oh! Artis.com, Zarina menerima tawaran tersebut kerana dia sememangnya meminati sesi ‘photoshoot’. “I (saya) memang sukakan photoshoot (sesi bergambar),” katanya kepada laman web hiburan tersebut. Sebuah lagi laman web hiburan popular, Mediahiburan.com.my yang mendapatkan pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu secara eksklusif memberitahu bahawa Zarina bergambar seksi di majalah tersebut untuk mencari rezeki menampung kos sara dirinya. “Saya perlu mencari duit untuk menanggung perbelanjaan hidup saya dan tawaran daripada majalah itu adalah satu cara untuk saya membuat duit,” kata Zarina kepada laman web tersebut. Menurut Zarina lagi, dia tidak menyembunyikan perkembangan aktiviti seninya da

Imam Tua Isteri Muda 64-26=?

Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah. TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun. Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11. Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya. Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 t

Gosok beBird - Zarina Anjoulie Lavocah

Entry/ post kali nie agak berbau kelucahan........18sx only Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah, yang mendedahkan hampir separuh buah dadanya di majalah FHM Indonesia baru-baru ini tampil mempertahankan tindakannya itu dari kritikan-kritikan peminat industri hiburan tanahair di laman Twitter miliknya. “All I hear frm yesterday is tetek ths tetek that.Apa dosa sial tetek ak kat org..Masing2 ada tetek nk kacau tetek org,” katanya yang berang apabila peminat mempersoalkan kewajaran untuk mendedahkan payudaranya di majalah tersebut. Menjawab kritikan peminat, Zarina menyatakan bahawa mereka tidak berhak untuk menilai dirinya selain Allah dan menyifatkan mereka yang mengkritik sebagai cuba bertindak sebagai Tuhan. “As far as I know only god can judge me, so y is there so many ‘gods’ know judging me… So every1 wants to play god huh (Setahu saya, hanya Tuhan yang boleh menilai saya, jadi mengapa pula ramai sangat ‘Tuhan’ yang menilai saya..semua orang n

Portrait Typography

 typography terbaik...........or lebih sedap di sebut sebagai "Portrait Typography"  =) source : flickr * macam mana diorg buat Typography nie ek?hoho..agak menarik untuk di belajar Typography nie