Skip to main content

Memalukan saya - Chef Wan



KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.
Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.
Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki.
"Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita.
"Padanlah muka dia," kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.
Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.

Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.
Antara juri lain yang terlibat ialah Chef Zubir (Zubir Mohd. Zain), 45; Chef Priya (Priya Menon), 53; Chef Jo (Mohd. Johari Edrus), 55; dan Chef Yahya (Yahya Hassan), 49.
*Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih popular dikenali sebagai Cef Riz, merupakan salah seorang hakim program televisyen MasterChef Malaysia
petikan : kosmo online
gambar : themalaysianinsider.com

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Kelantan / kecek klate

Perbendaharaan Kata Bokbong – spesis musang Ttuyup – pepatung Pok Kor – spesis mengkarung Ike Kkhonge – ikan cencaru Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik Saksoba = Absorber Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.) Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal) Mokte = rambutan Kuk/kok = sekeh Njja/nenjja  = tendang Tak cakno = x hirau Nyaknyo/nayo = kesian Bbaloh = kelahi Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu)) Debe = berani gilerr Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work) Tohok = buang / throw out Rhukah = panjat Ghohok = susah, payah Hungga = lari (bkn hungga bungga ekk) Cuwoh = curah Getek/etek = juga Tepoh = langgar Tubik = keluar Siak duk gghobar = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!! Idak kow = cuma Wak ggoghiI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with. Dekpong gak eh = Kalau ya pun Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu) Kelaghing = kesat/not smooth ...

Tips Lulus Temuduga

Anda dipanggil untuk menghadiri temuduga kerajaan. Jika Ya pasti anda sedang mencari rahsia ataupun tips bagaimana untuk lulus temuduga tersebut. Dapatkan tips untuk Lulus temuduga  Sila klik link ini ---  Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ====================== GAGAL TEMUDUGA KERJA? ====================== ---> Temuduga banyak kali tapi masih GAGAL?? ---> Apa yang perlu ada untuk persiapan temuduga kerja? ---> 87% Calon yang menghadiri temuduga GAGAL. Mengapa?? ---> Perlu bawa sijil-sijil ASLI untuk menghadiri temuduga ke?? ---> Pakaian paling IDEAL untuk temuduga macam mana?? ---> Tak tahu nak buat ape lepas temuduga?? ---> Nak tahu bagaimana saya boleh bantu anda tingkatkan 30% kejayaan temuduga anda?? Sila klik link ini ---  Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

apa ada pada takda apa2

slm haha...pelik ja tajuk law sekali imbas.....xpa,itu yg yg aku suka..... huhu....... pa ek apa ada pada takde pape?....xphm lg... ok..aku xplain ar...huhu...cam da org yg kate "aku xda pape,iya tul..aku ikhlas bg benda nie pd ko" so law d tafsirkn secara betul mean n slalunya xda pape nie brmaksud ada apa2......ala cam umpama simen d sebalik tile..hahaha why aku say camgitu....coz org yg xda pape nie xperlu la nk kate dia xda pape.....bg n berlalu pergi...but sebaliknya law org yg ada pape nie...org yg ada pape nie dia bg smthing n say"ambilah,aku xda pape niat.. aku ikhlas" so biasanya org camnie memang ada apa2 tuh.....iya ka?same2 kt pk k aku bg contoh lg ar k....c2tuac 1: da seorg lelaki suka kat korg but family korg xbrape suka dia......so dia bg kain kat keluarga korg(baiknya) n time dia bg tuh dia ckp "sy ikhlas n xda pape pun hbungan nga ank makcik" so law korg sebagai family or mak pompuan tuh korg rasa iya ka xda pape..walhal aku xda pun kena...