Skip to main content

Belajar Bahasa Kelantan / kecek klate






Perbendaharaan Kata

Bokbong – spesis musang
Ttuyup – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Kkhonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
Saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal)
Mokte = rambutan
Kuk/kok = sekeh
Njja/nenjja = tendang
Tak cakno = x hirau
Nyaknyo/nayo = kesian
Bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
Debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang / throw out
Rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
Hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
Cuwoh = curah
Getek/etek = juga
Tepoh = langgar
Tubik = keluar
Siak duk gghobar = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
Idak kow = cuma
Wak ggoghiI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
Dekpong gak eh = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth
Belengas = melekit
Klikpah klikpah = terpinga pinga
Nyelo = tingkap
Grobok = almari
Pitih = duit
Kupit = kedekut
Kkatok = Pukul

Murih/du'a = marah
Gaga = Raba
Pecek = Picit
Tok De = Tak sempat
Derah = laju/cepat
Je'ruk = basah
Congek = Angkat (bhgn depan)
Kocok = Goncang
Sedaq = Sedap
Agah = Sombong
Timbuk = Pukul
Ttumah = Menunggu sesuatu sehingga selesai.
sekeleng = duit siling


Kelantan + English = ??

Pozek = deposit
Rizat = result / reserved
Nneja = manager
Istek = estate
Suwih = switch
Merket = market
dan etc........ =)

Penguat Kata-kata dalam bahasa Kelantan


Manis LLETING
Masin PPEGHAK
Pahit LLEPE
Mase PPUGHIK
Tawar EBER
Putih SSUEH
Hite LLEGE
Biru NNEHE
Kenye BBONYAH
Comel LLOTE
Gemok DDEBOK
Busuk BANGA
Hapok KOHONG


Bunga Bahasa
*dalam loghat kelantan ada beberapa bunga yg unik dan menarik,antaranya :-

YAK = opocot / oops!!
DEH? = lebih kurang "OK??"  akhir kata utk mencapai persetujuan or mintak izin..
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so?'
PAH? =  lebih kurang sama maksud dgn "GAK" / "lepas tuh"
HO bunyi bersabdu sikit = "ya lah /yup/yes
DOK / DOCK = lebih kurang "bukan?" / "betul tak?" or "isn't it?"

dan banyak lagi bunga-bunga dalam bahasa kelantan




Perkataan dalam loghat kelantan yang di anggap tak manis di dengar di tempat lain,antaranya :-


CEBOCK : "cedok" selalunya utk cecair,mencedok air.. Ada tempat sebelah pantai Barat membawa maksud " ISTINJA"

PPATAK : membawa maksud "paling bawah" (ppatak periuk). Mencarut bagi sesetengah tempat

KOTER : kelapa tua yang kering tak berair "nyo koter" . setengah tempat di anggap mencarut

TTINO :kata nama utk perempuan tapi bila sebut BETINA ramai yang marah..

dan banyak lagi utk di senaraikn =)


Kebanyakn Perkataan berakhir dgn "an"."am"."ang" di  kelatan di ganti dgn "e" (bukan semua perkataan)

CTH:

Jangan = jange
Lengan = lenge
Geran = gere
Pisang = pise
Malam = male



Dalam Loghat Kelatan,Peranan "SABDU"  penting dan memainkn peranan,
CTH

Tanpa sabdu  -----> ber-Sabdu
MAKAN KANTIN - MAKE KKETENG (makan di kantin)
TAK PAKAI - TOK PPAKA (tak berguna)

Bunga Makan Kambing - Bunge Makee' KKAMBING (bunga di makan kambing)

Perkataan yg hampir same bunyi but berlainan maksud,bergantung pada ayat yg di guna
CTH


KECEK(tipu/menipu) = KKECEK (bercakap)
SANGKUT(gantung) = SSAKUT (hajat tak kesampaian)
Katok(katak) = KKATOK (pukul)

Bereh Belako dok nie??heheh

OK,Kita Belajar Bercakap plak


KITA MULA DENGAN ASAS DULU:

SAYA: kawe, ambo, kito

AWAK: demo, awe (untuk lelaki),che mek (untuk perempuan), awok

SEGERA: slalu (sla looh)

SEMALAM: kemaghin (ke ma ghin) (yesterday)

MALAM TADI: semale (se ma ley)

ABANG: abe (aa bae)

KAKAK: che kak, kak

IKAN: ike (ee kae); ike todok (ikan todak)

AYAM: aye (aa yae); contoh: aye katik, aye seghamo (serama)

JAMBATAN: ghetok (ghe tok - gertak)); contoh: ghetok Sute Yahyo (Jambatan Sultan Yahya)

MAKAN: make (maa kae)

DATANG: maghi (maa ghi)

ROJAK: colek (collek)

SATU: so (macam sos tapi buang s kat belakang jadi so)






** itu ja setakat nie..ada salah silap..mohon maaf =)
sayangi la bahasa kita....gomo sek kito..

Comments

worawoot srimaka said…
kawe share deh boh. biar oghe napok kayonyo kito denga budayo kito
Echa Hairiza said…
Ambo baru nk blaja kecek klate...sbb suko loghat klate ni...
eyemo said…
Ambo pun suko benar loghat klatey. Tp ambo dop panda nk kecek klatey
nowy2ku said…
dok panda buleh belajar tuh..slow2...haha

Popular posts from this blog

Isteri = Is Three?

Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.

Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu c…

Kemalangan bernilai Jutaan Ringgit

RM12.07 juta kerugian RM804,794 Harga sebuah ferrari RM1,20juta Harga Lamborghini
TOKYO - Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.
Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan. Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut. Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut. Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka. Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu. Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta). Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta).  sumber : be…