Skip to main content

Zarina Anjolie Terima AS$3400 untuk berGambar Seksi



Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan telah menerima bayaran lumayan sebanyak AS$3400 (RM10,756) dari majalah hiburan terkenal negara jiran, FHM Indonesia untuk bergambar bagi majalah tersebut pada edisi Oktober yang lalu.

Menurut laman web hiburan terkenal, Oh! Artis.com, Zarina menerima tawaran tersebut kerana dia sememangnya meminati sesi ‘photoshoot’.
“I (saya) memang sukakan photoshoot (sesi bergambar),” katanya kepada laman web hiburan tersebut.
Sebuah lagi laman web hiburan popular, Mediahiburan.com.my yang mendapatkan pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu secara eksklusif memberitahu bahawa Zarina bergambar seksi di majalah tersebut untuk mencari rezeki menampung kos sara dirinya.
“Saya perlu mencari duit untuk menanggung perbelanjaan hidup saya dan tawaran daripada majalah itu adalah satu cara untuk saya membuat duit,” kata Zarina kepada laman web tersebut.
Menurut Zarina lagi, dia tidak menyembunyikan perkembangan aktiviti seninya dan mendakwa pernah memberitahu sesi pergambaran tersebut kepada peminatnya melalui laman sosial Twitter miliknya.


“Saya tidak pernah menyorokkan hal ini daripada peminat saya. Peminat di Twitter tahu mengenai perkara ini lama sebelum hal sebenar tersebar,” jelas aktres itu yang sedang ditemui media di majlis pelancaran filem terbarunya, ‘Khon Malay’.
Di sebalik pelbagai kontroversi hangat yang sedang melanda dirinya, Zarina melahirkan rasa syukurnya apabila terpilih sebagai pelakon utama filem tersebut dan berterima kasih kepada pihak produksi yang masih mempercayai bakat lakonan yang ada padanya.
“Saya berasa bersyukur kerana masih mampu mencari rezeki di dalam bidang ini. Walaupun banyak terima penghinaan, ada pihak produksi yang masih percaya bakat yang ada pada saya. Betul kata ibu, doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan tuhan,” katanya di laman web hiburan yang sama baru-baru ini.
Mengakui pernah melakukan banyak kesilapan sebelum ini, Zarina turut menjelaskan bahawa dia rasa lebih selesa dengan dirinya sekarang dan tidak perlu berpura-pura lagi berhadapan dengan peminat industri hiburan tanahair.
“Saya akui, dahulu saya pernah melakukan kesilapan dan kerana kesilapan lalu, saya dihukum sehingga ke hari ini dan apa sahaja yang saya lakukan akan mendapat kutukan dan hinaan. Kini, saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura lagi,” katanya lagi. mynewshub

* macam dh xda cara lain nk cari rezeki...yg xtahan siap cakap " doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan tuhan" ish3..dunia..kerna duit..rambang mata....buta hati..parah2......

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Kelantan / kecek klate

Perbendaharaan Kata Bokbong – spesis musang Ttuyup – pepatung Pok Kor – spesis mengkarung Ike Kkhonge – ikan cencaru Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik Saksoba = Absorber Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.) Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal) Mokte = rambutan Kuk/kok = sekeh Njja/nenjja  = tendang Tak cakno = x hirau Nyaknyo/nayo = kesian Bbaloh = kelahi Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu)) Debe = berani gilerr Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work) Tohok = buang / throw out Rhukah = panjat Ghohok = susah, payah Hungga = lari (bkn hungga bungga ekk) Cuwoh = curah Getek/etek = juga Tepoh = langgar Tubik = keluar Siak duk gghobar = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!! Idak kow = cuma Wak ggoghiI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with. Dekpong gak eh = Kalau ya pun Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu) Kelaghing = kesat/not smooth Bele

apa ada pada takda apa2

slm haha...pelik ja tajuk law sekali imbas.....xpa,itu yg yg aku suka..... huhu....... pa ek apa ada pada takde pape?....xphm lg... ok..aku xplain ar...huhu...cam da org yg kate "aku xda pape,iya tul..aku ikhlas bg benda nie pd ko" so law d tafsirkn secara betul mean n slalunya xda pape nie brmaksud ada apa2......ala cam umpama simen d sebalik tile..hahaha why aku say camgitu....coz org yg xda pape nie xperlu la nk kate dia xda pape.....bg n berlalu pergi...but sebaliknya law org yg ada pape nie...org yg ada pape nie dia bg smthing n say"ambilah,aku xda pape niat.. aku ikhlas" so biasanya org camnie memang ada apa2 tuh.....iya ka?same2 kt pk k aku bg contoh lg ar k....c2tuac 1: da seorg lelaki suka kat korg but family korg xbrape suka dia......so dia bg kain kat keluarga korg(baiknya) n time dia bg tuh dia ckp "sy ikhlas n xda pape pun hbungan nga ank makcik" so law korg sebagai family or mak pompuan tuh korg rasa iya ka xda pape..walhal aku xda pun kena

Berkhalwat di bilik hotel

KUANTAN - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd. Amirul Hadi Zainal dan Mohd. Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di sebuah hotel di sini pada 10 September lalu. Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Amirul Hadi, 27, Mohd. Zaiza, 23, dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah. Abdul Wahid dalam penghakimannya berkata, keempat-empat tertuduh didapati bersalah tanpa bersyarat. #denda RM1000 ja? patutnya FAM gantung setahun dari bermain bola......   artikel asal