Skip to main content

Video Seks Ketua Pembangkang??

KUALA LUMPUR - Satu kumpulan lelaki yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita dipercayai pelacur warga asing di sebuah hotel di sini.
Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini bagi pengecaman.
Video yang berdurasi selama 22 minit itu dirakamkan pada pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam pada 21 Februari lalu melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik hotel yang turut menawarkan perkhidmatan urutan spa.
Rakaman hitam putih itu jelas menunjukkan wajah pemimpin politik itu yang melakukan aksi seks pelbagai posisi bersama wanita berkulit cerah yang rambutnya diikat.
Bagi meyakinkan perkara itu, Datuk T mempertontonkan video tersebut kepada kira-kira 10 wartawan di sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara di sini semalam.
Datuk T memberitahu, pita rakaman itu ditemuinya secara tidak sengaja di bilik hotel tempat didakwa berlakunya hubungan seks ketika dia disuruh oleh pemimpin politik itu mengambil jam tangan Omega yang tertinggal di bilik hotel.
sumber kosmo

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita dipercayai warga asing ditayangkan kepada media di sini, semalam.

Pendedahan rakaman aksi seks 19 minit itu menjadi heboh dan menimbulkan tanda tanya banyak pihak selepas laporan mengenainya disiarkan beberapa laman web.
Anwar pada sidang media khas beberapa jam kemudian menafikan beliau ialah individu dalam adegan seks itu dan menyifatkan ia fitnah untuk memusnahkan karier politiknya.Terdahulu, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Datuk T’ berusia lingkungan 40-an mendakwa adegan itu dirakam menggunakan empat kamera litar tertutup di sebuah bilik hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu antara jam 10.23 malam hingga 10.42 malam.

Datuk T juga menunjukkan jam tangan jenama Omega yang disimpan dalam sarung plastik didakwanya milik Anwar dan diambil daripada wanita terbabit dalam adegan seks itu.

Rakaman itu ditayangkan kepada wartawan dan pengarang media menggunakan komputer meja di sebuah bilik di Carcosa Seri Negara di sini, secara berperingkat bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Mereka juga terpaksa melalui pelbagai peringkat pemeriksaan ketat termasuk alat pengesan logam selain diberi jubah untuk dipakai sebelum dibenarkan memasuki bilik itu.
Malah, mereka terpaksa menyerahkan semua barangan seperti pen, buku nota, telefon bimbit dan kamera.

Di akhir tayangan itu, Datuk T turut mengedarkan kenyataan akhbar bertajuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang antara lain menjelaskan bagaimana pita rakaman itu diperoleh.

Menurut kenyataan itu, selepas Anwar meninggalkan hotel itu beliau sedar tertinggal jam tangan Omega di bilik berkenaan.

Penulis dalam kenyataan media yang menggunakan nama pena ‘The Insider’ kemudian diminta mencari jam tangan itu dalam bilik hotel berkenaan, sebelum menemui banyak wayar yang disambung kepada empat CCTV yang tersembunyi di bilik berkenaan.

“Saya kemudian memutuskan wayar dan membawa keluar rakaman itu sebelum mendapati ia (rakaman) mengandungi aksi seksual pemimpin pembangkang. Saya mahu media melihat terlebih dulu rakaman ini sebelum menghantar salinannya kepada pemimpin pembangkang terbabit dan isterinya untuk mengenal pasti individu dalam video itu.

“Jika benar individu dalam rakaman itu ialah pemimpin pembangkang terbabit, dia dan isterinya perlu berundur daripada politik, jika tidak berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari selepas menerima rakaman ini, saya akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menubuhkan panel bebas bagi menyiasat dan mencari khidmat forensik bagi mengkaji kesahihan rakaman itu.

“Seluruh dunia akan tahu, terpulang kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya untuk membuat keputusan.

“Mengapa saya buat ini? Ada had untuk menipu, ‘cukup, cukuplah’ dan sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui kebenaran,” katanya.

Anwar pada sidang medianya juga mendakwa video itu adalah konspirasi jahat menggunakan teknologi canggih oleh pihak tertentu bagi memfitnah dia dan keluarga bagi menghancurkan karier politiknya.

“Ia berniat jahat untuk membantut karier politik saya dan pakatan. Skandal ini bermotifkan politik dan saya minta rakan pakatan jangan terpengaruh dan tumpukan perhatian untuk bertempur di Sarawak.

“Gambar itu dikatakan mirip saya, namun perut orang itu lebih buncit berbanding perut saya,” katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada wartawan yang hadir pada sidang media itu.

Hadir sama pada sidang media itu, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Anwar juga mendakwa, pada masa dan tarikh rakaman itu dia berada di kediamannya bersama isteri, anak dan cucunya.

Ditanya sama ada akan membuat laporan polis, Anwar berkata, dia belum melihat video itu dan hanya akan berbuat demikian apabila melihatnya.

Ditanya mengenai jam tangan Omega berkenaan, Anwar mendakwa jam tangannya tidak hilang dan disimpan isterinya.

Sementara itu, Wan Azizah ketika mengulas klip video itu menyifatkannya sebagai fitnah.

“Sebelum ini kata Anwar dengan lelaki, tetapi kenapa video dengan perempuan,” tanyanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung video berkenaan.
Bagaimanapun, siasatan dilakukan dengan memanggil mereka yang terbabit menayangkan video berkenaan.

“Mereka yang memaparkan video berkenaan juga boleh dikenakan tindakan kerana dianggap menyiarkan bahan lucah untuk tontonan umum,” katanya.
sumber berita harian online..

* so lepas nie sure ramai la yg google mencari men- download video seks nie ek....dunia2....

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Kelantan / kecek klate

Perbendaharaan Kata Bokbong – spesis musang Ttuyup – pepatung Pok Kor – spesis mengkarung Ike Kkhonge – ikan cencaru Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik Saksoba = Absorber Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.) Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal) Mokte = rambutan Kuk/kok = sekeh Njja/nenjja  = tendang Tak cakno = x hirau Nyaknyo/nayo = kesian Bbaloh = kelahi Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu)) Debe = berani gilerr Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work) Tohok = buang / throw out Rhukah = panjat Ghohok = susah, payah Hungga = lari (bkn hungga bungga ekk) Cuwoh = curah Getek/etek = juga Tepoh = langgar Tubik = keluar Siak duk gghobar = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!! Idak kow = cuma Wak ggoghiI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with. Dekpong gak eh = Kalau ya pun Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu) Kelaghing = kesat/not smooth Bele

apa ada pada takda apa2

slm haha...pelik ja tajuk law sekali imbas.....xpa,itu yg yg aku suka..... huhu....... pa ek apa ada pada takde pape?....xphm lg... ok..aku xplain ar...huhu...cam da org yg kate "aku xda pape,iya tul..aku ikhlas bg benda nie pd ko" so law d tafsirkn secara betul mean n slalunya xda pape nie brmaksud ada apa2......ala cam umpama simen d sebalik tile..hahaha why aku say camgitu....coz org yg xda pape nie xperlu la nk kate dia xda pape.....bg n berlalu pergi...but sebaliknya law org yg ada pape nie...org yg ada pape nie dia bg smthing n say"ambilah,aku xda pape niat.. aku ikhlas" so biasanya org camnie memang ada apa2 tuh.....iya ka?same2 kt pk k aku bg contoh lg ar k....c2tuac 1: da seorg lelaki suka kat korg but family korg xbrape suka dia......so dia bg kain kat keluarga korg(baiknya) n time dia bg tuh dia ckp "sy ikhlas n xda pape pun hbungan nga ank makcik" so law korg sebagai family or mak pompuan tuh korg rasa iya ka xda pape..walhal aku xda pun kena

Berkhalwat di bilik hotel

KUANTAN - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd. Amirul Hadi Zainal dan Mohd. Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di sebuah hotel di sini pada 10 September lalu. Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Amirul Hadi, 27, Mohd. Zaiza, 23, dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah. Abdul Wahid dalam penghakimannya berkata, keempat-empat tertuduh didapati bersalah tanpa bersyarat. #denda RM1000 ja? patutnya FAM gantung setahun dari bermain bola......   artikel asal