KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.
Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd..
Jelasnya, kontrak antara kerajaan dan syarikat itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakannya pada bila-bila masa," katanya.
sumber kosmo.
* semata2 nk ada kapal selam pertama....Malaysia belanjakn RM3.4 bilion pada 2002 ...then bayangkn nk selengggra tiap2 tahun dgn kos 25juta sebiji? 2 biji 50 juta??
bayangkn kos untuk mewujudkan sebuah K1M ( klinik 1 malaysia ) menelan belanja RM100,000 -500.000 sebuah..(brgantung pada tempat n kelekgkapan) yang meliputi bangunan asas, kelengkapan dan peralatan yang sewajarnya....
so sebagai rakyat..kita sama2 la pikir..yg mane lebih manfaat...kapal selam yg 50juta setahun...or klinik yg memberi peluang perkerjaan dan peluang utk ke arah kesihatan yg lebih baik......
kerajaan ada alasan tersendiri...dan kita pun ada alasan tersendiri...............
Comments