4lower-ku

Lazada

Lazada

Monday, September 15, 2014

Tips Lulus Temuduga


Anda dipanggil untuk menghadiri temuduga kerajaan. Jika Ya pasti anda sedang mencari rahsia ataupun tips bagaimana untuk lulus temuduga tersebut.

Dapatkan tips untuk Lulus temuduga 

Sila klik link ini --- Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
======================
GAGAL TEMUDUGA KERJA?
======================
---> Temuduga banyak kali tapi masih GAGAL??

---> Apa yang perlu ada untuk persiapan temuduga kerja?

---> 87% Calon yang menghadiri temuduga GAGAL. Mengapa??

---> Perlu bawa sijil-sijil ASLI untuk menghadiri temuduga ke??

---> Pakaian paling IDEAL untuk temuduga macam mana??

---> Tak tahu nak buat ape lepas temuduga??

---> Nak tahu bagaimana saya boleh bantu anda tingkatkan 30% kejayaan temuduga anda??

Sila klik link ini --- Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan



Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Thursday, September 11, 2014

Kertas Soalan Peperiksaan UPSR bocor ?


Soalan peperiksaan UPSR 2014 bocor

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.
Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.

Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.
Sebanyak 473,175 calon menduduki UPSR bermula semalam sehingga esok.

Berdasarkan jadual peperiksaan UPSR, kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2 dijalankan semalam manakala hari ini Matematik Kertas 1, Bahasa Tamil Pemahaman, Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan.

Esok, peperiksaan bagi subjek Sains sebelum penangguhan, sepatutnya dijalankan dari pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi. Berjalan mengikut jadual esok ialah peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Bahasa Inggeris Kertas 2 serta Aptitud Tahun Enam.


Sumber Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140911/dn_02/Soalan-peperiksaan-UPSR-bocor#ixzz3CzBpbRjQ
 



Selepas soalan Sains bocor, kementerian pelajaran sekali lagi di kejutkan dengan kertas bahasa inggeris pulak bocor.

nampaknya Kementerian perlu pandang serius isu intergriti.


Persoalan adalah, siapa yang bocorkan soalan ? pihak sekolah ? atau guru ? atau mungkin juga syarikat percetakan ?

pihak sekolah atau guru mungkin nak kejar ranking sekolah, nak jaga reputasi sekolah maka bocorkan soalan untuk senang murid-murid lulus.

but orang yang paling untung dalam kes bocor soalan nie adalah syarikat percetakan. mana tidaknya, bila soalan bocor, dapat job untuk reprint kertas soalan lagi dan lagi..hahahahaha



#aku simpati pada murid-murid yang tak terlibat secara langsung, kesian pada murid2 perdalamana dan cikgu perdalaman yang bertugas menjaga exam.

#gambar sumber dari Berita Harian

Tuesday, September 9, 2014

Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan PMR

Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan PMR





Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong kerajaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai:

Pembantu Kenderaan Gred H11
( Jabatan Perdana Menteri )
- 20 kekosongan jawatan

Pembantu Operasi Gred N11
( Jabatan Perdana Menteri )
- 47 Kekosongan Jawatan

Pembantu Awam Gred H11
( Kementerian Pertahanan Malaysia )
- 242 Kekosongan Jawatan Kerajaan

Pembantu Operasi Gred N11
( Kementerian Pertahanan Malaysia )
- 152 Kekosongan Jawatan




Wednesday, December 18, 2013





Sedikit Nota Tentang Siri Seperti "Love You Mr. Arrogant" & "Playboy Itu Suami Aku" dan Bagaimana Drama TV Dapat Merevolusikan Individu.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.

Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.

@armyzonovic


sumber asal :