Skip to main content

Isu Kalimah Allah

Isu Kalimah Allah


Ada yang haramkan,ada yang haruskan,ada yang berbaur politik ada yang berjuang pada kebenaran dan kerisauan terhadap umat...

Apa yang saya lihat ialah dalam masalah macam ni,yang terbaik ialah kita terima kedua2 pendapat dan ambil jalan tengah yang adil dan saksama....

Ulama A cakap HARUS
Ulama B cakap HARAM

Ibnu Batoota pulak cakap...

Asal hukumnya tu harus sebab tidak ada pengharamannya yang jelas dan jelas juga dalam quran menyatakan yang orang2 kafir pun sebut nama "allah",jadi hukum asalnya jadi HARUS...dan inilah pendapat ulama A...

Tapi kita kena lihat pula keadaan di MALAYSIA ni,adakah hukum harus tu sesuai atau tidak?

Kena faham realiti berikut:

1)Kenapa paderi kristian kat malaysia ni TIBA-TIBA timbulkan isu ni?Sebelum ni tak de masalah pun?

2)Kenapa mereka beria-ria sangat nak pakai kalimah Allah tu sedangkan sebelum ni tak kecoh pun?Adakah mereka sedang merancang sesuatu yang buruk untuk umat Islam...?

3)Kalau kristian pakai kalimah allah,nanti mereka akan tulis banyak artikel tentang 'agama' dan hias ia dengan nama ALLAH dan orang2 islam yang jahil yang telah tersedia keliru dengan islam, wahabi, syiah bertambah2 keliru dgn kristian pulak, last2 pakat murtad belaka.

4)Gereja-gereja pula akan dihiasi dengan nama Allah, salib akan ditulis nama allah,di kubur kristian ada nama allah,di keranda kristian ada nama allah,dalam tandas pun main masuk je dengan nama allah,dan kita semua tahu nama allah itu suci.Patut ke kita biar?Di depan gereja pula akan tertera papan tanda "ISA itu anak ALLAH",bagi saya perkataan tu sangat pedih di hati berbanding perkataan "ISA itu anak TUHAN" (kecuali bagi orang yang celaka dan tak ada iman,mereka tak akan faham kepedihan yang saya maksudkan),kalau anak2 kecil kita baca,akan terngiang di fikiran mereka yang nabi isa itu anak
ALLAH,sedangkan kalau guna lafaz "tuhan" kita boleh pandai2 pusing dan jelaskan kat anak kita.

5)Uruf di Malaysia, nama Allah itu merujuk kepada tuhan orang islam, semua orang faham macam tu, kalau kristian pun pakai nama allah, maka orang jahil akan samakan islam dengan kristian, sekarang ni nampak jelas islam dan kristian tu berbeza,jadi itu lebih selamat, tapi bila2 agama ni mula dianggap sama, gejala murtad TANPA SEDAR dan secara SEDAR pula akan menjadi2(Note: Apabila seorang Muslim berkeyakinan bahawa Islam dan Kristian itu SAMA, maka Muslim itu menjadi MURTAD serta merta samada dia tahu tentang hukum ini atau pun tidak,seluruh amalannya tidak diterima).

6)Sekarang ni umat Islam bergaduh kerana berbeza fahaman politik, kerana syiah, kerana wahabi,salafi,hizbut tahrir,muktazilah dan sebagainya,tak mustahil nanti datang pula orang2 melayu kristian dakyahkan agama mereka secara terbuka dan semua keliru mereka ni kristian ke islam,sama seperti orang keliru antara wahabi, syiah dan islam.

7)Asal kalimah "allah" ni dari lafaz "ilah" yang bermaksud "tuhan" secara umum,kemudian diletakkan alif lam ma'rifah di depannya atas maksud pengkhususan maka menjadilah "allah" yang bermaksud "tuhan yang khusus/satu"..jadi orang kafir pada zaman nabi guna kalimah "allah" sebab itu BAHASA MEREKA,tak kan mereka nak pakai perkataan "tuhan" pulak...?sebab tuhan tu
lafaz bahasa melayu,apabila yang dimaksudkan orang kafir ketika itu ialah "tuhan" maka lafaz yang terbaik untuk digunakan orang kristian di malaysia ialah "tuhan" bukannya "allah" kerana "allah" di malaysia bukan dimaksudkan sebagai tuhan yang umum seperti kafir musyrikin zaman nabi maksudkan,tapi "allah" di malaysia ni khusus merujuk kepada nama tuhan orang islam,jadi bila had uruf tu dilanggar,kekeliruan besar akan melanda terutamanya kepada orang jahil.

8)Pada sangkaan saya,orang kristian sengaja timbulkan hal ni untuk lebarkan lagi sayap dakyah mereka untuk mengkristiankan seluruh tanah melayu,dan mereka tahu akan ramai yang akan
murtad bila mereka berjaya menggunakan nama allah dalam agama mereka sebab orang2 jahil akan anggap SAMA agama Islam dan kristian,dan anggap ia cuma khilaf beberapa perkara tapi tetap bertuhankan TUHAN yang SAMA,dakyah seperti inilah yang sering digunakan puak syiah yang kononnya syiah dan sunni tu bersaudara sebab bertuhankan "ALLAH" dan cuma berbeza pendapat dalam beberapa hal..bukan kah ini kekeliruan yang besar?sedangkan ulama Islam sepakat bahawa syiah ini kafir dan tak sama dgn islam,tapi disebabkan syiah pakai istilah2 islam,pakai kalimah allah,pakai pakaian orang islam,maka mereka dilihat sbg orang islam jugak,akhirnya mereka jadi musuh dalam selimut,sedangkan kristian sekarang ni adalah musuh islam LUAR selimut, tapi kalau mereka mula guna istilah2 islam seperti kalimah ALLAH, maka mereka juga akan dianggap sbg sebahagian dari orang islam juga dan akhirnya jadi musuh dalam selimut seperti syiah,maka ketika tu ramai akan murtad tanpa sedar sebab menyokong kristian?Terutamanya golongan orang asli yang tak didedahkan dengan dunia luar,mereka akan anggap islam dan kristian ni sama sebab sama2 bertuhankan "allah"?

9)Tidak ada apa-apa kesan baik pun untuk mengharuskan penggunaan kalimah tu untuk orang kristian,(mungkin ada kesan bagi parti politik, mereka yang sokong kristian,mungkin akan
dapat sokongan orang kristian pulak, maka celakalah dengan sebesar besar besar kecelakaan bagi golongan yang menjual agama kerana gila kuasa)tapi kesan buruknya terlampau banyak pada ummat islam di malaysia khususnya.

10)Kesimpulannya,dari segi nas,dalil,memang tak haram mereka nak pakai nama allah,tapi dari segi uruf dan kesan-kesan buruknya,maka lebih baik diharamkan mereka gunakan ia sebab kita yakin mereka perjuangkan hak penggunaan kalimah allah tu atas niat yang tak baik terhadap agama kita,jadi sekiranya ulama A cakap agama kita tak haramkan,maka kita setuju,agama kita tak haramkan,tapi kita sokong ia diharamkan atas kuasa kerajaan untuk mencegah kerosakan umat yang bakal berlaku.Contohnya tak da dalil pun budak2 sekolah kena pakai uniform sekolah,tapi kenapa kerajaan wajibkan?memang agama kita tak wajibkan uniform,tapi ia diwajibkan atas peraturan negara,so untuk kalimah allah ni,walaupun agama tak haramkan,tapi kita patut sokong peraturan negara tak benarkan ia diguna orang kristian sebab kesan buruknya terlampau banyak.

11)Kita semua tahu majoriti orang malaysia malas menuntut ilmu,mereka suka hidup dalam kemewahan, senang lenang, duduk depan laptop dan carik agama dari internet sambil mempertikaikan ulama silam (yang seluruh hidup mereka digunakan untuk agama), kalau sekarang ni pun dah terlampau banyak ajaran sesat dari ulama palsu kat internet dan sesatkan ramai orang,lepas ni orang-orang kristian pulak akan tulis banyak artikel agama dalam bahasa melayu yang gunakan nama allah,bertambah-tambah sesat la umat malaysia ni.....

12) Golongan Freemason laknatullahi'alaihim ajma'in (semoga Allah melaknat mereka dan macai-macai mereka dengan sedahsyat-dahsyat laknat) telah pun buat "eksperimen" penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian di Indonesia. Hasilnya? Umat Islam Indonesia yang bangga dengan populasi tertinggi muslim dunia satu masa dulu telah merudum jatuh menjunam puluhan peratus populasi Muslimnya kerana jutaan rakyatnya murtad menjadi kristian kerana keliru dengan ajaran Kristian dan Islam yang sama-sama guna nama Allah. Sampai Agnes Monica pun nyanyi "Allah Yesusku"~

13) Bila dah berjuta-juta murtad, maka akan berlakulah peperangan sepertimana yang berlaku di Indonesia. Kanak-kanak disembelih, ibu ibu dirogol, para mujahid dipenggal kepalanya. Sekarang ni pun dah cecah angka juta umat Islam Malaysia ni murtad menjadi Syiah dan Kristian. Berapa ramai lagi yang korang nak murtadkan wahai kaum Wahhabi Al-Freemasonariy?

14) Golongan Freemason tahu umat Melayu ni lemah lembut dan susah nak bagi mereka berperang. Tak macam negara arab yang berdarah panas, mereka letak seorang ejen mereka sebagai speaker yang pandai cakap dan semarakkan api fitnah antara kerajaan dan pembangkang je dah cukup untuk wujudkan "arab spring" yang telah menyebabkan ramai muslim mati masuk neraka straight kerana saling berbunuhan sesama muslim. Di Malaysia ni,Freemason dah letak raaamai ejennya sebagai speaker pemecah belah umat. Walaupun ejen-ejen Dajjal laknatullah ni berjaya buat sesama PENYOKONG pembangkang dan PENYOKONG kerajaan bergaduh teruk sampai kafir mengkafirkan, tak mahu datang kenduri, tak mahu solat di masjid lain idealogi dsbgnya. Tapi Dajjal masih tak berjaya membuatkan rakyat Malaysia saling menumpahkan darah. Jadi mereka guna taktik "lembut" iaitu dengan memurtadkan umat Islam Malaysia secara besar-besaran.

15) Ada golongan yang sokong Kristian guna kalimah Allah ni kononnya untuk tunjukkan "islam itu mudah" dan indah dan ntah apa lagi dengan harapan mereka akan masuk Islam sebab sikap toleransi Islam. Tapi apakah mereka lupa bahawa Allah telah berfirman bahawa kaum Yahudi dan Kristian tak akan redha kepada muslim sampailah muslim murtad menjadi seperti mereka? Apakah patut kita lupakan amaran Allah hanya kerana "pendapat" manusia biasa yang gelar diri "ulama" di akhir zaman ni?

16) Sudah 5 tahun lebih saya tinggal di negara Kristian kat Afrika ni yang majoriti penduduknya Kristian (90% Kristian) dari lebih 50 juta rakyatnya. TAPI mereka tak guna nama ALLAH pun? Tak pernah timbul isu nak pakai nama ALLAH pun? Mereka dari dulu sampai sekarang pakai istilah "god" atau "lord" je pun? Samada bahasa English, Zulu, Afrikaan, Khosa, Swahili dan lain-lain bahasa Afrika kat sini, tak ada satu pun yang pakai nama ALLAH dalam bible mereka. Jadi APAKEJADAHNYA kristian kat negara Malaysia yang majoriti beragama Islam ni sibuk nak pakai nama ALLAH ni? Dan kenapa ada umat "Islam" yang menyokong? Punyalah jelas konspirasi diorang, tapi masih sokong? Ataupun umat "islam" yang sokong tu juga sebahagian daripada ahli konspirasi Freemason yang ditugaskan Dajjal untuk menyokong supaya dapat raih simpati rakyat Malaysia beragama Islam membenarkan penggunaan kalimah tu pada orang Kristian?

Note: Tolong ketepikan soal parti politik dan cuma baca ia dengan mata kebenaran dan kerisauan terhadap keadaan umat semata-mata. Bila saya keluarkan kenyataan yang penggunaan kalimah Allah patut diharamkan ke atas orang kristian, nanti ada lah mangkuk hayun yang bodoh2 fitnah saya ni macai umno lah apa lah. Tolong jangan politikkan kenyataan saya. Matang sikit ye, jangan jadi beruk


sumber asal dari : https://www.facebook.com/thembymhlongo/posts/468702066576499

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Kelantan / kecek klate

Perbendaharaan Kata Bokbong – spesis musang Ttuyup – pepatung Pok Kor – spesis mengkarung Ike Kkhonge – ikan cencaru Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik Saksoba = Absorber Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.) Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal) Mokte = rambutan Kuk/kok = sekeh Njja/nenjja  = tendang Tak cakno = x hirau Nyaknyo/nayo = kesian Bbaloh = kelahi Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu)) Debe = berani gilerr Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work) Tohok = buang / throw out Rhukah = panjat Ghohok = susah, payah Hungga = lari (bkn hungga bungga ekk) Cuwoh = curah Getek/etek = juga Tepoh = langgar Tubik = keluar Siak duk gghobar = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!! Idak kow = cuma Wak ggoghiI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with. Dekpong gak eh = Kalau ya pun Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu) Kelaghing = kesat/not smooth Bele

apa ada pada takda apa2

slm haha...pelik ja tajuk law sekali imbas.....xpa,itu yg yg aku suka..... huhu....... pa ek apa ada pada takde pape?....xphm lg... ok..aku xplain ar...huhu...cam da org yg kate "aku xda pape,iya tul..aku ikhlas bg benda nie pd ko" so law d tafsirkn secara betul mean n slalunya xda pape nie brmaksud ada apa2......ala cam umpama simen d sebalik tile..hahaha why aku say camgitu....coz org yg xda pape nie xperlu la nk kate dia xda pape.....bg n berlalu pergi...but sebaliknya law org yg ada pape nie...org yg ada pape nie dia bg smthing n say"ambilah,aku xda pape niat.. aku ikhlas" so biasanya org camnie memang ada apa2 tuh.....iya ka?same2 kt pk k aku bg contoh lg ar k....c2tuac 1: da seorg lelaki suka kat korg but family korg xbrape suka dia......so dia bg kain kat keluarga korg(baiknya) n time dia bg tuh dia ckp "sy ikhlas n xda pape pun hbungan nga ank makcik" so law korg sebagai family or mak pompuan tuh korg rasa iya ka xda pape..walhal aku xda pun kena

Berkhalwat di bilik hotel

KUANTAN - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd. Amirul Hadi Zainal dan Mohd. Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di sebuah hotel di sini pada 10 September lalu. Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Amirul Hadi, 27, Mohd. Zaiza, 23, dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah. Abdul Wahid dalam penghakimannya berkata, keempat-empat tertuduh didapati bersalah tanpa bersyarat. #denda RM1000 ja? patutnya FAM gantung setahun dari bermain bola......   artikel asal