KUANTAN - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd. Amirul Hadi Zainal dan Mohd. Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di sebuah hotel di sini pada 10 September lalu.
Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Amirul Hadi, 27, Mohd. Zaiza, 23, dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah.
Abdul Wahid dalam penghakimannya berkata, keempat-empat tertuduh didapati bersalah tanpa bersyarat.
#denda RM1000 ja? patutnya FAM gantung setahun dari bermain bola......
artikel asal
Comments