Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol , Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri. Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis. "Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya. Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya. Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia. Memi...
Satu rasa d kongsi bersama menjadi satu cerita.... Satu cerita menterjemahkan beribu persoalan.... Satu persoalan merungkap seribu jawapan....