Skip to main content

Video lamaran pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS


Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.
Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.
"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.
Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.
Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.
Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.
"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.
Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.
Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.
Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.
Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.
Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."
Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Bootsdengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."
Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.
Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.
Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi. : kosmo online



*sweet kan..heheheh..sure mengalir air mata..hahah

Comments

izzlud said…
memang romantik tetapi ikut Islam adalah haram bagi kita ikut begini kerana ini adalah ajaran barat, bukan ajaran Islam. Bukan itu sahaja, kita Islam haram bercinta sebelum berkahwin kerana syaitan akan ketawakan kita kalau buat begitu tapi syaitan akan menangis kalau kita bercinta selepas berkahwin. Kes macam ini sangat jarang kita buat. Harap faham lah
Din said…
memang romantik tetapi ikut Islam adalah haram bagi kita ikut begini kerana ini adalah ajaran barat, bukan ajaran Islam. Bukan itu sahaja, kita Islam haram bercinta sebelum berkahwin kerana syaitan akan ketawakan kita kalau buat begitu tapi syaitan akan menangis kalau kita bercinta selepas berkahwin. Kes macam ini sangat jarang kita buat. Harap faham lah
Din said…
memang romantik tetapi ikut Islam adalah haram bagi kita ikut begini kerana ini adalah ajaran barat, bukan ajaran Islam. Bukan itu sahaja, kita Islam haram bercinta sebelum berkahwin kerana syaitan akan ketawakan kita kalau buat begitu tapi syaitan akan menangis kalau kita bercinta selepas berkahwin. Kes macam ini sangat jarang kita buat. Harap faham lah

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Kelantan / kecek klate

Perbendaharaan Kata Bokbong – spesis musang Ttuyup – pepatung Pok Kor – spesis mengkarung Ike Kkhonge – ikan cencaru Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik Saksoba = Absorber Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.) Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal) Mokte = rambutan Kuk/kok = sekeh Njja/nenjja  = tendang Tak cakno = x hirau Nyaknyo/nayo = kesian Bbaloh = kelahi Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu)) Debe = berani gilerr Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work) Tohok = buang / throw out Rhukah = panjat Ghohok = susah, payah Hungga = lari (bkn hungga bungga ekk) Cuwoh = curah Getek/etek = juga Tepoh = langgar Tubik = keluar Siak duk gghobar = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!! Idak kow = cuma Wak ggoghiI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with. Dekpong gak eh = Kalau ya pun Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu) Kelaghing = kesat/not smooth Bele

apa ada pada takda apa2

slm haha...pelik ja tajuk law sekali imbas.....xpa,itu yg yg aku suka..... huhu....... pa ek apa ada pada takde pape?....xphm lg... ok..aku xplain ar...huhu...cam da org yg kate "aku xda pape,iya tul..aku ikhlas bg benda nie pd ko" so law d tafsirkn secara betul mean n slalunya xda pape nie brmaksud ada apa2......ala cam umpama simen d sebalik tile..hahaha why aku say camgitu....coz org yg xda pape nie xperlu la nk kate dia xda pape.....bg n berlalu pergi...but sebaliknya law org yg ada pape nie...org yg ada pape nie dia bg smthing n say"ambilah,aku xda pape niat.. aku ikhlas" so biasanya org camnie memang ada apa2 tuh.....iya ka?same2 kt pk k aku bg contoh lg ar k....c2tuac 1: da seorg lelaki suka kat korg but family korg xbrape suka dia......so dia bg kain kat keluarga korg(baiknya) n time dia bg tuh dia ckp "sy ikhlas n xda pape pun hbungan nga ank makcik" so law korg sebagai family or mak pompuan tuh korg rasa iya ka xda pape..walhal aku xda pun kena

Berkhalwat di bilik hotel

KUANTAN - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd. Amirul Hadi Zainal dan Mohd. Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan mereka didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana berkhalwat di sebuah hotel di sini pada 10 September lalu. Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Amirul Hadi, 27, Mohd. Zaiza, 23, dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas kesemua mereka mengaku bersalah. Abdul Wahid dalam penghakimannya berkata, keempat-empat tertuduh didapati bersalah tanpa bersyarat. #denda RM1000 ja? patutnya FAM gantung setahun dari bermain bola......   artikel asal