Skip to main content

LUAHAN HATI PARA PENDIDIK KHAS UTK IBUBAPA

LUAHAN HATI PARA PENDIDIK KHAS UTK IBUBAPA..
Kepada : Ibu Bapa

Ke hadapan Tuan/Puan,

Kami telah mendapat banyak aduan di dalam menyuarat PIBG tentang bagaimana kami mendidik anak tuan/puan. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas pemasalahan yang timbul. Walaubagaimanapun, kamu sebagai guru mempunyai batas-batas kuasa yang kami akan suluhkan kepada tuan/puan.

Kami bukan ibu bapa. Kami adalah ahli akademik. Kami mempunyai set tanggungjawab, dan didikan peribadi bukanlah sebahagian dari tanggungjawab kami. Kami bertanggungjawab menunjukkan peribadi elok sebagai contoh, tapi tugas mengajar adab merupakan tanggungjawab tuan/puan. Bagaimana perangai mereka di rumah, jika menjadi kurang ajar, sama sekali bukan salah kami.

Terkadang kami terkejut ketika melihat tingkah laku anak anda ketika hadir mengambil kad repot. Anak tuan/puan yang hyperaktif di sekolah sungguh senyap di depan tuan/puan. Adakah tuan kenal anak tuan sebetulnya? Tahukah tuan/puan anak puan yang hadir ke sekolah bukanlah anak tuan/puan yang tuan/puan kenali di rumah?

Dan apabila hukuman dijalankan, apakah hak tuan/puan untuk mengatakan "saya kenal anak saya. dia bukan macam tu." di hadapan kami? Anda tiada di sekolah, dan anda sebenarnya tidak mengenal anak sendiri. Anak anda selesa di sekolah bersama kawan-kawan sehingga berasa selesa untuk berbuat salah dan kami hukumkan. Nampak benar dia tak berasa selesa untuk membuat salah di depan anda kerana tuan/puan mungkin sekali bukan spesis manusia membina, tapi menjatuhkan.

Peraturan sekolah diciptakan bersebab. Dan sebetulnya, memang hukuman diciptakan untuk menyakitkan, memalukan, dan menyusahkan.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar sakit yang tidak seberapa itu adalah lumrah dunia, malu itu seharusnya bertempat, dan yang menyusahkan itu selalunya benda yang perlukan usaha. Atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Itu tanggungjawab anda, jangan lepaskan itu semua pada kami. Adakah benda asas seperti ini pun perlu kami ajari?

Kami di sekolah sebagai HANYA GURU. Tapi hakikatnya, kami tahu terlampau banyak mengenai keluarga murid. Jika tuan/puan sangkakan apa yang berlaku di rumah hanya tinggal di rumah, tuan/puan silap. Kami guru yang terdidik, melihat pada pelakuan, banyak benda yang kami tahu. Itu tidak termasuk apa yang diberitahu.

Anak-anak tuan/puan akan cuba untuk menjadi apa yang mereka tidak boleh jadi di depan tuan/puan. Tuan/puan merupakan kuasa autoriti terbesar buat mereka. Jadi apa yang mereka buat di sekolah adalah cermin untuk apa yang berlaku/tidak berlaku di rumah.

Jika anda mahukan kami mendidik dengan sepatutnya, kami perlu kuasa autoriti yang lebih besar. Kalau kerana hanya satu garisan dari sebatan rotan menyebabkan kami dipenjarakan, ketahuilah oleh tuan/puan yang kami sebenarnya langsung tak mahu bersangkut paut dengan kehidupan anak tuan/puan, apatah lagi isu rumah tangga tuan/puan.

Hanya kerana anak tuan tak pernah mengadu mereka terbuat kesilapan, jangan menyangka anak tuan/puan sangat baik. Anak yang bijak/pandai selalu eksperimen dan selalu berbuat silap, dan mereka tidak mahu imej buruk atau keburukan mereka sampai kepada tuan/puan jadi mereka berahsia. Adalah terpulang kepada ibu bapa sama ada anak mereka berahsia atau tidak.

Nasihat kami untuk tuan/puan :

Setiap anak melaku kesilapan. Jangan berdiri lantang untuk mereka dengan melampau. Mereka harus diajar erti tanggungjawab, dan bertanggungjawab bagi setiap tingkah laku. Kami tak perlukan anda untuk berdiri bagi pihak anak anda hanya kerana anak anda menumbuk seorang kanak-kanak lain. Itu sebahagian dari proses pemantapan fizikan dan mental. Menyekat pengalaman bermaksud anda menyekat kebolehan otak anak anda berkembang.

Mendidik kanak-kanak itu tidak susah. Tapi yang menyusahkan selalunya ibu bapa. Kerana mereka selalu ingin menyelesaikan masalah anak-anak bagi pihak mereka, menolak hak mereka mempunyai autoriti yang sepatutnya. Akhirnya mereka cuma boneka yang diberi skrip. Mereka bukan lagi makhluk tuhan yang diberi kehidupan.

Kami tahu apa beza seorang murid tingkatan tiga mampu buat dan seorang pelajar jurusan kejuruteraan mampu buat. Jangan buat kerja sekolah mereka untuk mereka. Mereka perlu berbuat silap untuk belajar. Jika anda menjadikan mereka sedemikian bodoh, jangan salahkan kami semasa datang ambil kad repot.

Jika seorang pelajar dihantar kepada kami kerana kesalahan tingkah laku, kami tidak akan menghukum mereka serta merta. Kami akan memberi masa mereka bersendiri memikirkan apa yang baru mereka lakukan, dan memberi respon bergantung pada respon mereka setelah mereka lebih tenang dan setelah mereka mempunyai masa berfikir. Mungkin tuan/puan juga boleh cuba cara yang sama. Mungkin tuan/puan sendiri lupa zaman tuan/puan kanak-kanak kerana tuan/puan kini sudah dewasa, betapa gementarnya kanak-kanak yang berbuat silap.

Ekonomi yang teruk masa kini menyebabkan ramai ibu bapa bekerja lewat masa dan mempunyai masa yang sedikit untuk memahami atau bersama anak mereka. Menyangka anda boleh menebus kesalahan dengan berdiri bagi pihak mereka di depan guru adalah tindakan yang salah.

Jika anda mahukan proses pendidikan ini bersifat dua-hala, bersikap adillah dengan kami.

Atau jika tidak, abaikan sahaja kewujudan kami dalam proses pemanusiaan. Kerana kami sendiri mempunyai hal sendiri untuk dijaga dari menjaga anak orang.

Yang Benar,
Guru.""



#Budak sekolah dulu dan sekarang banyak beza nya..


pst: Like Kedai Aneka Online : https://www.facebook.com/kedai.aneka.online

Comments

Popular posts from this blog

Belajar Bahasa Kelantan / kecek klate

Perbendaharaan Kata

Bokbong – spesis musang
Ttuyup – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Kkhonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
Saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal)
Mokte = rambutan
Kuk/kok = sekeh
Njja/nenjja = tendang
Tak cakno = x hirau
Nyaknyo/nayo = kesian
Bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
Debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang / throw out
Rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
Hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
Cuwoh = curah
Getek/etek = juga
Tepoh = langgar
Tubik = keluar
Siak duk gghobar = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
Idak kow = cuma
Wak ggoghiI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
Dekpong gak eh = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth
Belengas = melekit
Klikpah klikpah = terpinga pinga
Nyelo = tingkap
Grobok = almari
Pitih = duit
Kupit = ke…

Isteri = Is Three?

Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.

Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu c…

Kemalangan bernilai Jutaan Ringgit

RM12.07 juta kerugian RM804,794 Harga sebuah ferrari RM1,20juta Harga Lamborghini
TOKYO - Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.
Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan. Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut. Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut. Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka. Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu. Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta). Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta).  sumber : be…